WHAT'S NEXT

CATS RHYTHM

09.00pm - 12.00am

MAN UNITED TAWAR HERRERA KONTRAK RM679,430 SEMINGGU

Herrera akan ditawarkan kontrak baharu bernilai £120,000 (RM679,430) di Old Trafford pada musim panas ini


Back To Sports Updates

Ander Herrera akan ditawarkan kontrak baharu bernilai £120,000 (RM679,430) di Old Trafford pada musim panas ini. Ia menjadikan Herrera menjadi salah seorang pemain paling penting dalam pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho.

Manchester United mahu memberikan ganjaran itu berdasarkan kecemerlangan Herrera dalam membantu menewaskan Chelsea baru-baru ini. Pemain kelahiran Sepanyol berusia 27 tahun itu mempunyai kontrak berbaki setahun lagi selepas menyertai Manchester United pada 2014.

Kelab itu bagaimanapun sebelum ini memberi pilihan untuk melanjutkannya kepada 12 bulan lagi. Malah Herrera pada Februari lalu memberitahu beliau berbesar hati untuk mengadakan rundingan berhubung kontraknya.

- Sumber dari mStar