WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BUKAN AKSI MUDAH

Datuk Lee Chong Wei akan turun beraksi di pusingan pertama Terbuka Malaysia hari ini namun di sebalik 11 kejayaan diraih memburu satu lagi kejuaraan


Back To Sports Updates

Kuching: Datuk Lee Chong Wei akan turun beraksi di pusingan pertama Terbuka Malaysia hari ini namun di sebalik 11 kejayaan diraih memburu satu lagi kejuaraan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya bukan perkara mudah.

Menurutnya, ia bukan seperti petik jari untuk meraih gelaran juara dalam setiap kejohanan disertai, apatah lagi bermain di laman sendiri.

“Bukan mudah mahu menang setiap kejohanan atau setiap tahun. Bermain di Malaysia adalah lebih sukar kerana saya sudah menang 11 kali kejohanan ini dan semua pemain lawan pastinya mahu menewaskan saya apatah lagi bermain di tempat sendiri,” katanya yang akan berdepan Rajiv Ouseph dari England di pusingan pertama.

Jelasnya, memegang status juara terbanyak Terbuka Malaysia menyaksikan semua pemain lawan mahu menewaskan dirinya apatah lagi dia beraksi di depan penyokong sendiri.

“Saya difahamkan tiket sudah hampir habis terjual dan itu memberi petanda peminat di sini mahu menyaksikan saya dan pemain negara yang lain melakar kejayaan. Saya berterima kasih di atas sokongan padu ini dan akan cuba buat yang terbaik kerana secara peribadi saya sendiri mahu meraih gelaran ke-12,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China jika masing-masing layak ke pentas final, Chong Wei menegaskan dia lebih gemar fokus satu demi satu perlawanan dan tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu.

“Saya tahu kami mungkin boleh bertemu di final tapi tidak mahu komen panjang mengenai perkara itu kerana tiada siapa pastikan kami boleh layak ke final. Jadi, lebih baik saya fokus satu demi satu perlawanan dan persiapan diri saya sendiri,” kata Chong Wei yang tidak menolak kemungkinan akan beraksi pada saingan Terbuka Malaysia 2018 selepas mengumumkan bakal kembali mempertahankan gelaran juara Seluruh England dimenanginya, tahun depan.

- HARIAN METRO