WHAT'S NEXT

CATS MUZIK

10.00am - 02.00pm

ANAK SAYA TAK MINAT BOLA SEPAK - MESSI

PENYERANG berbisa Barcelona, Lionel Messi mendedahkan anak lelakinya, Thiago hanya bermain bola sepak kerana kawan-kawannya


Back To Sports Updates

PENYERANG berbisa Barcelona, Lionel Messi mendedahkan anak lelakinya, Thiago hanya bermain bola sepak kerana kawan-kawannya.

Jelas Messi, anaknya yang berusia empat tahun itu bukan peminat bola sepak dan tidak mengikut jejak langkahnya.

"Dia tidak suka bola sepak dan hanya bermain disebabkan Benjamin (anak Luis Suarez) dan kawan-kawan sekolahnya.

Suarez (kanan) bersama anaknya, Benjamin.


"Dia bukan seperti anak Suarez yang sepanjang hari bersama bola," jelas Messi kepada sebuah stesen televisyen di Uruguay.

Tambah Messi lagi, Thiago hanya mahu mengikutnya ke padang jika kawan-kawannya yang lain ada bersama.