WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SARAWAK JANJI SAING JDT MALAM INI

“Kami tidak gentar. Selagi 90 minit belum berakhir, kami akan berhempas-pulas dan berhabis-habisan.”


Back To Sports Updates

“Kami tidak gentar. Selagi 90 minit belum berakhir, kami akan berhempas-pulas dan berhabis-habisan.”

Itu ikrar David Usop dalam menanti kunjungan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Negeri malam ini.

Menurutnya, biar tahu pasukan yang bakal didepani ini berstatus bintang dan kuat, namun beliau sudah berpesan kepada anak-anak buahnya agar bermain seperti biasa.

“Usah gentar dan nikmati pengalaman bermain dengan pasukan hebat ini.

“Dengan semangat berpasukan yang utuh, dan keserasian yang terjalin, saya rasa mereka (Sarawak) boleh bersaing,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Skuad JDT hanya tiba di Kuching pada lewat malam tadi dan menjalani latihan ringan pagi ini.

Mengulas strategi menentang anak-anak buah Benjamin Mora itu, David mengakui bahawa ia agak sukar.

“Kita perlu fokus 90 minit perlawanan kerana mereka lawan yang sukar dijangka.

“Di dalam pasukan ini, semua pemainnya boleh bermain dan kita tidak dapat menjangkakan siapa kesebelasan utamanya.

“Yang jelas, mereka tidak akan menukar benteng.

Katanya, barisan tengah dan pertahanan Sarawak harus mengawasi setiap pemain penyerang pasukan ini, yang bukan sahaja pantas malah berbisa.

“Kita perlu fokus dan cipta sebanyak mungkin peluang.

“Malah saya berharap pemain-pemain kita dapat mengikuti corak permainan lawan.

“Kita perlu bermain dan menyaingi, bukan sekadar menyelamatkan bola,” tegasnya.

Pesanan terakhir kepada pemainnya, percayalah kepada diri sendiri, kerana dengan sokongan tanpa belah bahagi dan kelebihan bermain di gelanggang sendiri, pertemuan malam ini akan menjanjikan pertembungan menarik.