WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

EPL: TEN HAG RIMAS AKSI SANTAI MANCHESTER UNITED

United mencatat kemenangan selesa selepas membenam Everton 3-0 pada aksi di Goodison Park awal pagi semalam - Sumber Foto AFP


Back To Sports Updates

LIVERPOOL – Biarpun berjaya meraih kemenangan selesa selepas mengatasi Everton 3-0 awal pagi semalam di Goodison Park, pengendali Manchester United, Erik Ten Hag masih belum berpuas hati dan mengkritik barisan pemainnya terutama aksi pada babak pertama.

Menurutnya, kejayaan meledak gol awal menerusi jaringan akrobatik Alejandro Garnacho pada minit ketujuh menyaksikan para pemain United sedikit leka dan menyangka mereka sudah berada dalam keadaan selesa.

“Selepas gol pertama itu, kami menjadi terlalu santai, saya mengkritik aksi pasukan ini pada babak pertama. Kami menyangka, kami sudah mampu menang sedangkan ia tidak patut berlaku.

“Anda mempunyai 100 minit untuk beraksi di padang, perasaan seperti itu tidak boleh ada pada pemain. Namun, kami kembali melakukan dengan baik pada separuh masa kedua,” katanya.

Tambahnya, selain kemenangan apa yang membuatkannya gembira adalah tiga jaringan yang dihasilkan adalah menerusi pemain penyerang pasukan itu apabila Marcus Rashford menyempurnakan sepakan penalti dan Anthony Martial melengkapkan malam cemerlang itu.

“Tiga pemain serangan kami berjaya meledak gol. Inilah yang kami inginkan, ia akan membantu kami sebagai satu pasukan.

“Kemenangan ini memberikan kami keyakinan. Kapten, Bruno Fernandes melakukan tugas dengan baik memberikan sepakan penalti kepada Rashford untuk dia meningkatkan keyakinan. Ini adalah langkah pertama kami dan United akan terus melangkah,” jelasnya.

Ten Hag turut memuji jaringan menarik dihasilkan oleh Garnacho sambil mengakui ia adalah kesungguhan dan kerjasama oleh semua pemain untuk menghasilkan jaringan tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini