WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LIGA EUROPA: KLOPP ‘NAIK ANGIN’ LIVERPOOL TEWAS

Pasukan Liverpool terpaksa akur pulang dengan tangan kosong selepas tewas kepada Toulouse pagi tadi - Foto FP


Back To Sports Updates

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ternyata berang apabila harapan pasukan untuk melakar keputusan seri tidak kesampaian selepas tewas 2-3 kepada kelab Perancis, Toulouse pada aksi Liga Europa awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Reds sepatutnya meraih keputusan seri tetapi jaringan penyamaan yang dilakukan oleh pemain muda, Jarell Quansah telah dibatalkan hasil keputusan video bantuan pengadil (VAR).

Gol-gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Aron Donnum, Thijs Dallinga dan Frank Magri manakala Liverpool meraih gol menerusi jaringan sendiri Cristian Casseres serta Diego Jota.

Kata Klopp, keputusan VAR sangat mengecewakan selepas mendakwa hantaran yang sebelum itu dilakukan oleh Alexis Mac Allister terkena tangan sedangkan situasi sebaliknya yang berlaku.

“Saya sudah menyaksikan rakaman semula dan ia tidak sepatutnya dibatalkan kerana bola terkena dada berbanding tangan Mac Allister. Namun, siapalah saya untuk menghalang keputusan tersebut,” kata pengendali import dari Jerman itu.

Kekalahan tersebut tidak menjejaskan status Liverpool selaku pendahulu Kumpulan E dengan Toulouse kini meraih tujuh mata di tempat kedua manakala Union St Gilloise berada di kedudukan ketiga.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini