WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KEMENANGAN LONJAK MORAL MANCHESTER UNITED

Fernandes meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu United menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage kelmarin - AFP


Back To Sports Updates

LONDON - Kemenangan 1-0 ke atas Fulham, kelmarin sudah cukup buat pengurus Manchester United, Erik ten Hag membuktikan sokongan pemain terhadap dirinya.

Rentetan itu, pengurus dari Belanda itu menjelaskan beliau tidak begitu terdesak untuk mencari bukti lain dan kejayaan ini cukup penting buat Red Devils keluar daripada episod sukar selepas alami dua kekalahan berturut-turut.

“Saya tahu semua itu (sokongan) dan kita boleh lihatnya pada perlawanan ini. Suasana dalam bilik persalinan juga cukup bagus dan semua pemain sentiasa bersaing untuk mendapatkan tempat masing-masing.

“Mereka perlu menang setiap perlawanan dan sikap seperti ini yang kami perlukan apabila menyarung jesi kelab ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, ketua pasukan, Bruno Fernandes yang sering mendapat kritikan segera menutup mulut pengkritiknya apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Khamis ini United bakal harungi aksi Liga Juara-Juara bertemu Copenhagen sebelum meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan melayan kunjungan Luton Town di Old Trafford.

“Ia adalah persembahan yang baik dan saya gembira menyaksikan semangat pasukan. Fulham bermain dengan cukup baik dan jelas kami mencipta banyak peluang namun memerlukan ketenangan untuk lakukan sentuhan akhir.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini