WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

LIVERPOOL JUMPA WEST HAM, CHELSEA LAWAN NEWCASTLE

Juara sembilan kali Liverpool akan berdepan West Ham United di laman sendiri pada suku akhir Piala Liga Inggeris - AFP


Back To Sports Updates

LONDON: Juara sembilan kali Liverpool akan berdepan West Ham United di laman sendiri pada suku akhir Piala Liga Inggeris selepas The Reds menyingkirkan Bournemouth dan The Hammers membenam Arsenal pada pusingan 16 terakhir awal pagi tadi.

Undian suku akhir turut menemukan Newcastle, yang mengecewakan juara bertahan Manchester United, menentang Chelsea, manakala Everton bertarung dengan Fulham.

Satu tempat sudah pasti buat pasukan EFL pada separuh akhir apabila kelab Liga Satu (divisyen ketiga), Port Vale bertembung dengan kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough.

Perlawanan suku akhir akan diadakan pada minggu 18 Disember depan.

UNDIAN SUKU AKHIR:

Everton mln Fulham

Chelsea mln Newcastle United

Port Vale mln Middlesbrough

Liverpool mln West Ham United

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini