WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

INDONESIA AJAK MALAYSIA BIDA TUAN RUMAH PIALA DUNIA 2034

FIFA turut mengeluarkan kenyataan agar penganjuran edisi 2034 dilakukan di benua Asia dan Oceania


Back To Sports Updates

PETALING JAYA – Indonesia mengajak tiga negara termasuk Australia, Singapura dan Malaysia untuk membida status tuan rumah bersama pada kejohanan Piala Dunia edisi 2034 akan datang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir berkata, semua negara terbabit telah menunjukkan minat untuk menjadi penganjur bersama kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

“Kami sedang berbincang mengenai bidaan bersama status hos Piala Dunia 2034 bersama Australia.

“Malah, ketika saya melawat Malaysia dan Singapura baru-baru ini, mereka turut menyatakan minat untuk menjadi penganjur bersama,” katanya dipetik portal berita Australia, Sydney Morning Herald hari ini.

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) sebelum ini mengesahkan Piala Dunia edisi 2030 akan dianjurkan di enam negara berbeza seperti Sepanyol, Maghribi, Portugal, Uruguay, Paraguay dan Argentina.

Malah, FIFA turut mengeluarkan kenyataan agar penganjuran edisi 2034 dilakukan di benua Asia dan Oceania.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini