WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MESSI SAMBUT HARI LAHIR LEDAK HATRIK

Messi Rai Ulang Tahun Dalam Perlawanan Persahabatan - Sumber Foto AGENSI


Back To Sports Updates

Lionel Messi meraikan ulang tahun kelahiran ke-36nya dengan meledak hatrik dalam kepulangan ke Rosario. 

Pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu kembali ke kampung halamannya semalam untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang kelab lamannya, Newell’s Old Boys. 

Dia mendapat sambutan wira di Estadio Marcelo Bielsa dengan 42,000 peminat melaungkan namanya. Malah, mereka turut menyanyikan lagu hari lahir untuknya dengan nama Messi dan mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Jadi’ dipancarkan ke langit. 

Messi melengkapkan hatrik di babak pertama selepas membuka jaringan menerusi sepakan percuma pada minit keempat. 

Perlawanan yang diadakan sebagai penghargaan kepada bekas bintang Liverpool, Maxi Rodriguez berakhir dengan kemenangan 4-2 oleh Argentina. 

“Sudah lama saya tidak sambut hari lahir di Rosario, dengan keluarga dan rakan-rakan. 

“Walaupun apa yang kami lakukan sangat istimewa (memenangi Piala Dunia) dan unik, impian bagi setiap pemain bola sepak, anda akan terfikir apa lagi yang bakal tiba, daripada apa yang sudah berlaku,” katanya. 

Messi mengejutkan dunia bola sepak apabila memilih untuk menyertai Inter Miami yang dimiliki bersama oleh David Beckham awal bulan ini. Dia dijangka membuat penampilan sulungnya menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada 21 Julai. 

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini