WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

HARIMAU MALAYA ‘PESTA GOL’ 10-0 BAHAM PAPUA NEW GUINEA

Tahniah Skuad Harimau Malaya! - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

Tahniah Skuad Harimau Malaya, apabila Paulo Josue dan Arif Aiman Hanapi meledak gol menewaskan Papua New Guinea 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin, Kuala Terengganu sebentar tadi. 

Kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim di babak kedua jelas mengubah ketajaman Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon apabila sembilan gol dijaringkan dalam tempoh 45 minit. 

Malaysia bermula dengan deretan percubaan yang dilakukan sebaik sepak mula, namun ketangkasan penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan, memastikan kedudukan seimbang menghampiri waktu rehat. 

Walaubagaimanapun, gerakan Akhyar Rashid di akhir babak pertama menjelmakan sepakan penalti apabila dia dikasari oleh pertahanan Papua. 

Safawi Rashid menyempurnakan sepakan untuk Malaysia mendahului 1-0 dan kemasukan Faisal dan Arif Aiman bermula babak kedua, jelas mengubah rentak permainan anak buah Pan Gon apabila tiga gol dijaringkan kedua-dua pemain berkenaan dalam tempoh tiga minit dan seterusnya Josue menambah jaringan pada minit ke-52. 

Josue kemudiannya menambah jaringannya pada minit ke-64 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70 hasil gerakan Arif Aiman. 

Kemenangan gol keempat oleh Daniel Ting turut menemui sasaran sebelum Arif Aiman melengkapkan hatriknya pada minit ke-87 dan meledak gol keempatnya dua minit kemudian. 


Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini