WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

HANNAH UCAP TAHNIAH BUAT THE POCKET ROCKETMAN!

Tahniah Azizulhasni Awang! - Sumber Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menghadiahkan kilaun emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai. 

Hannah berkata beliau akan memastikan segala aspek keperluan yang diperlukan Mohd Azizulhasni bersama Jawantakuasa Road To Gold bagi memastikan kejayaannya terus dapat dicapai, di peringkat antarabangsa.

"Saya ucap tahniah kepada Azizulhasni menang emas dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kejayaan di ACC) dan esok semasa mesyuarat RTG kita lihat bagaimana boleh tingkatkan lagi sokongan buat kedua-dua atlet itu," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman merangkul gelaran keirin lelaki dengan mengenepikan cabaran getir tiga pelumba Jepun, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan beliau mencipta legasi sendiri bagi meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand. 

Mohd Azizulhasni juga turut meraih kejuaraan acara pecut elit lelaki buat kali ketujuh pada Jumaat lepas (16 Jun), selepas edisi 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020. 

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini