WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MCGREGOR NAFI DAKWAAN ROGOL DI FINAL MBA

McGregor Nafi Dakwaan - Sumber Foto AP


Back To Sports Updates

Pemain bola keranjang, Conor McGregor menafikan dakwaan dia merogol seorang wanita ketika pusingan akhir kejohanan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA). 

Bintang UFC itu dituduh menyerang seorang wanita pada perlawanan antara Denver Nuggets dan Miami Heat di Florida, Amerika Syarikat. 

Insiden yang didakwa berlaku pada 9 Jun lalu, malam yang sama di mana pemain warga Ireland itu menjadi tular untuk aksi publisiti di mana dia menumbuk maskot Heat. 

Menurut surat yang dihantar oleh peguam yang diperoleh TMZ, McGregor didakwa melakukan serangan itu. 

Walaubagaimanapun, wakil McGregor berkata, dakwaan tersebut adalah palsu. 

Sumber: mStar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini