WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MESSI PERLU 79 SAAT UNTUK BUKA JARINGAN

Messi Meledak Gol Terpantas - Sumber Foto REUTERS


Back To Sports Updates

BEIJING: Lionel Messi membuatkan penyokong Argentina di Beijing teruja apabila meledak gol terpantas dalam karier antarabangsanya pada aksi persahabatan menentang Australia, yang hanya mengambil 79 saat selepas perlawanan bermula.

Penyokong jelas gembira apabila Argentina memenangi bola dalam kawasan Australia selepas seminit dan hantaran Enzo Fernandez menemui Messi yang kemudiannya melepasi kawalan dua pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol dengan penyudah lencong dari luar kotak penalti.

Messi yang mengesahkan bakal menyertai Inter Miami kini sudah meledak dalam tujuh perlawanan berturut-turut buat Argentina dan tonggak pasukan itu jelas membuktikan usia bukanlah penghalang.

Lautan biru putih menyambut pemain selepas mereka menuju ke padang stadium dengan kapasiti 68,000 tempat duduk itu selepas penyokong menyarung jersi Argentina.

Argentina menggandakan kelebihan pada babak kedua apabila hantaran Rodrigo de Paul disudahkan pemain gantian, German Pezzella.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini