WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MAN UNITED RAIH ENAM KEMENANGAN BERTURUT-TURUT

MANCHESTER United terus mewarnai tirai 2017 dengan kemenangan selepas menundukkan West Ham 2-0


Back To Sports Updates
MANCHESTER United terus mewarnai tirai 2017 dengan kemenangan selepas menundukkan West Ham 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.
Bertempat di Stadium London, ia merupakan catatan enam kemenangan berturut-turut dalam liga.
Dua gol kemenangan Manchester United itu menerusi aksi Juan Mata dan Zlatan Ibrahimovic, masing-masing pada minit ke-68 dan 78'.
Lima kemenangan terdahulu dalam perlawanan antara Tottenham Hotspur, Crystal Palace, West Bromwich Albion, Sunderland dan Middlesbrough.
Manchester United kini menduduki tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata.
Menerusi jumlah mata yang sama, kelab itu hanya setangga di bawah Tottenham Hotspur yang berada pada kedudukan kelima.