WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BONNIE BUNYAU MUNCUL JUARA DUNIA LAGI

Atlet kelahiran Sarawak itu mengharumkan nama negara selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram (kg)


Back To Sports Updates

KUCHING, 3 Dis : Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi muncul juara dunia pada Kejohanan Angkat Berat Para Dunia di Tbilisi, Georgia sebentar tadi.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengharumkan nama negara selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram (kg) sekaligus menewaskan wakil China, Hu Peng yang meraih perak.

Atlet Mesir, Ibrahim Shaaban pula membawa pulang pingat gangsa.

Sebelum ini, pada temasya Paralimpik Tokyo, Bonnie Bunyau meraih pingat emas pertama negara dalam acara 72 kilogram (kg) powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu.

Sumber: TVS
oleh Firdaus Ismail
Foto IG Parapowerlifting