• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

RONALDINHO BERDEPAN HUKUMAN PENJARA

Ronaldinho tiba di mahkamah dekat Asuncion bagi perbicaraan pada 6 Mac, 2020 lalu


Back To Sports Updates

BRASILIA: Bekas bintang Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho diberi amaran yang dia mungkin akan kembali ke penjara susulan tuntutan bayaran sara diri oleh bekas kekasihnya.

Laporan di Brazil mengatakan legenda bola sepak 41 tahun itu diarahkan untuk melangsaikan hutangnya dengan Priscilla Coelho menjelang 1 Disember bagi mengelak hartanya dirampas dan kemungkinan hukuman penjara.

"Sekarang ini dia perlu melangsaikannya," kata peguam Priscilla, Bruno Medrado.

Ronaldinho, ditahan dan dipenjarakan di Paraguay tahun lalu selepas memasuki negara itu menggunakan pasport palsu. Dia kini dipercayai berada di Dubai.

Pada Mei 2018, Ronaldinho terpaksa menafikan dakwaan yang dia berkahwin dengan Priscilla dan seorang lagi wanita, Beatriz Sousa serentak.

"Ia satu pembohongan. Semua orang bercakap tentangnya tetapi ia tidak benar. Saya tidak akan berkahwin," kata Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali itu.

Setahun kemudian, Priscilla, yang mula mengenali Ronaldinho ketika dia bermain untuk Atletico Mineiro, menuntut wang daripada bekas kekasihnya itu.

Nilai kekayaan Ronaldinho dianggarkan sekitar 67 juta pound (RM377.8 juta) selepas karier bola sepak yang gemilang dan tajaan oleh jenama terkemuka.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP