• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

BEKAS BINTANG MANCHESTER KINI PENJUAL SUSU

Richard Eckersley pernah muncul sebagai pemain tengah harapan di akademi Manchester United namun bekas pemain itu mengakui beliau kini menjual susu


Back To Sports Updates

Richard Eckersley pernah muncul sebagai pemain tengah harapan di akademi Manchester United namun bekas pemain itu mengakui beliau kini menjual susu sekalipun berlatih bersama Cristiano Ronaldo suatu masa dahulu.

Eckersley membuat penampilan sulung bersama United pada 2009 sekalipun perlawanan terakhirnya sebagai pemain profesional hadir pada 2015 bersama Oldham Athletic.

"Oldham tidak mempunyai wang mahupun memiliki sebarang harapan, saya balik daripada satu majlis perkahwinan, kami menimang cahaya mata baharu dan saya memberitahu isteri, saya mahu berhenti daripada bermain bola sepak," kata Eckersley yang kini berusia 32 tahun.

"Ia satu kelegaan, saya mempunyai wang yang mencukupi untuk bertahan selama enam bulan atau setahun.

"Saya memikirkan mengenai Cristiano Ronaldo kembali ke United, kali terakhir dia ada di sana saya juga berada di sana, saya berlatih dengannya dan kini saya seorang pengusaha tenusu dan menjual susu oat.

"Apabila ditanya mengenai kehidupannya sekarang, bekas pemain tengah itu pantas menyatakan beliau kini begitu tenang dan gembira menjalani kehidupan seharian.

"Kami mempunyai rumah sendiri, ladang sendiri dan kami menghasilkan makanan sendiri," kata Eckersley.

"Ia sebuah pekan yang tidak mempunyai jalan raya, satu komuniti membabitkan kira-kira 40 orang dengan setiap perkara berkisar kepada sayur-sayuran dan 100 peratus organik.

"Kami menghasilkan 25,000 liter susu setiap bulan dalam botol gelas, semuanya boleh diguna semula. Kami mempunyai 22 pekerja dan kami mahu menjadi pengedar susu terbesar di United Kingdom dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Eckersley beraksi hanya dua perlawanan bersama skuad senior United pada musim 2008-09, aksi Piala FA bertemu Tottenham Hotspur dan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris sebagai pemain gantian menentang West Bromwich Albion.

Sumber: Harian Metro
oleh Hamdan Saaid
am@hmetro.com.my