WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

RONALDO DULU MANGSA BULI DI OLD TRAFFORD

Seorang peminat cilik United dilihat memakai jersi yang tertera nama Ronaldo di Old Trafford


Back To Sports Updates

London: Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United dan mungkin akan membuat penampilan pertama menentang Newcastle Sabtu ini.

Itu pun jika bekas pemain yang pernah membulinya dan sekarang ini pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, melihat Ronaldo sudah bersedia untuk diturunkan.

Pemain antarabangsa Portugal itu akan kembali ke bilik persalinan yang berbeza berbanding kali pertama dia menyertai United dari Sporting Lisbon pada 2003.

Ronaldo ketika kali pertama menyertai United 19 tahun lalu, masih lagi di usia muda dan berwajah remaja.

Bagaimanapun, ketika itu pemain senior membuatkan kehidupannya tidak mudah seperti disangka, apabila mereka sentiasa cuba mengujinya.

Bekas rakan sepasukannya, Mads Timm menulis dalam autobiografinya bahawa Ronaldo dibuli ketika tiba di kelab berkenaan.

Timm juga menyatakan bahawa Ronaldo sentiasa bersaing dengan pemain yang lebih senior.

"Dia sangat luar sebagai seorang pemain bola sepak dan juga individu. Sama seperti saya dia dibuli ketika tiba di kelab berkenaan.

"Dengan fesyen rambutnya ketika itu, telinga bertindik dan sentiasa membuat aksi akrobatik untuk menarik perhatian jurulatih. Dia boleh bertahan dengan melakukan 10 hingga 15 langkah sebelum cuba untuk menggelecek pemain lawan.

"Dia pernah kena jerit oleh Gary Neville dan Solskjaer yang mahunya melakukan hantaran dengan segera ketika pasukan simpanan menentang pemain senior.

"Apa yang istimewa mengenai Cristiano Ronaldo dia tidak takut bersaing berdepan pemain senior dan dia memenanginya," kata Timm.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP