• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SALAH MINTA GAJI RM2.874 JUTA SEMINGGU

Pemain Mesir berusia 29 tahun itu kini hanya memiliki baki kontrak dua tahun di kelab berkenaan


Back To Sports Updates

LONDON: Mohamed Salah dilaporkan meminta gaji £500,000 (RM2.874 juta) seminggu sebelum menyambung kontraknya di Liverpool.

Pemain Mesir berusia 29 tahun itu kini hanya memiliki baki kontrak dua tahun di kelab berkenaan.

Berikutan laporan mengaitkan minat ditunjukkan Paris Saint-Germain dan Real Madrid, Jurgen Klopp kini bimbang tidak dapat mengekalkan bintangnya itu kata The Mirror.

Salah dikatakan menerima £200,000 (RM1.149 juta) seminggu tetapi dilaporkan meminta kenaikan gaji yang boleh memberikannya sekali ganda tambahan berbanding Virgil van Dijk yang kini menerima gaji paling tinggi buat Reds.

Pertahanan tengah itu menerima £220,000 (RM1.264 juta) seminggu menurut Sportrac manakala Thiago juga menerima gaji yang sama dengan Salah.

The Mirror menambah, tiada tanda lanjutan kontrak buat Salah walaupun Liverpool sudah mengikat beberapa bintang sejak kebelakangan ini.

Pada hari terakhir perpindahan, kapten Jordan Henderson menandatangani kontrak baharu selama empat tahun.

Dia mengikut jejak langkah van Dijk dan Fabinho yang kekal di kelab itu musim panas ini.

Sumber: Berita Harian