WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

'JANGAN UBAH BOLA SEPAK JADI RAGBI' - SOLSKJAER

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengingatkan bahawa bola sepak berisiko menjadi sukan fizikal seperti ragbi


Back To Sports Updates

Southampton: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengingatkan bahawa bola sepak berisiko menjadi sukan fizikal seperti ragbi sekiranya garis panduan semasa diteruskan.

Solskjaer kecewa dengan keputusan pengadil, Craig Pawson yang tidak mengambil tindakan selepas Bruno Fernandes dikasari sebelum Southampton meraih gol pertama menerusi jaringan sendiri Fred ketika kedua-dua pasukan seri 1-1.

Jaringan penyamaan Mason Greenwood pada separuh masa kedua melebarkan rekod tanpa kalah United di saingan Liga Perdana kepada 27 perlawanan.

Bagaimanapun Solskjaer berang dengan kekasaran dilakukan Jack Stephens ke atas Fernandes tidak dikenakan hukuman ketika ia sepatutnya diberikan sepakan percuma.

Fernandes sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana melakukan protes.

Insiden itu berlaku sehari selepas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa penonton 'menyaksikan gusti' jika mereka gemar menyaksikan kekasaran dilakukan pemain Burnley terhadap Reds di Anfield.

"Ia adalah satu kekasaran yang jelas," kata Solskjaer.

"Saya tidak risau tetapi kita harus melihat situasi ini kerana kita tidak boleh lagi beraksi seperti bermain bola tampar atau bola keranjang sejak tahun lalu dan sekarang mula bermain seperti ragbi pula.

"Saya lebih gemar cara yang lebih baik, iaitu lebih kepada bola sepak lelaki. Apapun insiden Fernandes adalah satu kesalahan."

Sumber: Harian Metro
Foto AFP