WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

GAJI MESSI MASIH TERTINGGI DUNIA

Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi masih menerima bayaran tertinggi di dunia bagi pemain bola sepak


Back To Sports Updates

LONDON: Lionel Messi masih bergelar pemain bola sepak dibayar paling tinggi di dunia - walaupun menerima separuh daripada gaji sebelumnya di Paris Saint-Germain.

Gaji seminggu legenda Barcelona itu jatuh daripada £2.1 juta (RM12.31 juta) kepada £1 juta (RM5.86 juta), berbanding pemain tangga kedua, Cristiano Ronaldo dengan £900,000 (RM5.27 juta) seminggu di Juventus.

Pemenang enam kali Ballon d'Or, Messi, 34, menyertai pasukan berbelanja besar PSG menerusi perjanjian dua tahun bernilai £54 juta (RM316.64 juta) semusim, kurang daripada £108 juta (RM633.28 juta) diterima di Nou Camp.

Menurut senarai dikumpul akhbar Perancis, L'Equipe, bintang Argentina itu juga jauh meninggalkan rakan sepasukan di PSG yang juga bekas rakan sepasukan di Barca, Neymar dengan £31 juta (RM181.77 juta) setahun.

Bintang Brazil itu menerima £606,000 (RM3.55 juta) seminggu.

Pada kedudukan keempat ialah antara pengempur terhebat dalam saingan kelab, Luis Suarez yang terkenal apabila bergandingan dengan Messi dan Neymar di Nou Camp.

Penyerang Uruguay itu dilaporkan membawa pulang £575,000 (RM3.37 juta) seminggu ketika dia bersedia meneruskan musim kedua liga bersama juara Atletico Madrid - dan dia terikat dengan penyerang Barca dari Perancis, Antoine Griezmann.

Kedua-dua mereka mengumpul £29.9 juta (RM175.32 juta) setahun.

Sumber: Berita Harian