WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KONTRAK BAHARU SOLSKJAER RM56.77J SETAHUN

Manchester United dijangka menawarkan kontrak baharu £10 juta (RM56.77 juta) setahun kepada Ole Gunnar Solskjaer, menurut laporan hari ini


Back To Sports Updates

London: Manchester United dijangka menawarkan kontrak baharu £10 juta (RM56.77 juta) setahun kepada Ole Gunnar Solskjaer, menurut laporan hari ini.

Pengendali dari Norway itu yang pada mulanya dilantik secara sementara pada Disember 2018 mempunyai kontrak sehingga 2022.

Walaupun masih gagal memenangi sebarang trofi, pengurusan kelab masih yakin dia paling layak untuk tempoh jangka masa panjang.

Menurut The Mirror, Solskjaer bakal ditawarkan kontrak baharu tiga tahun walaupun jika mereka gagal menjuarai Liga Europa musim ini.

Gaji jurulatih berusia 48 tahun itu turut menyaksikan peningkatan sebanyak £2.5 juta (RM14.19 juta) daripada gajinya sekarang £7.5 juta (RM42.58 juta) setahun.

Ketika ditanya mengenai kontrak baharu itu, Solskjaer berkata kepada media Norway, VG: "Saya tidak fikirkan perkara itu dan kami belum berbincang mengenainya. Saya hanya fokus dengan tugas dan sebahagian daripadanya ialah menstabilkan keadaan.

"Kami ada tugas mendapatkan konsistensi di atas padang dan di luar padang masih ada krisis jika anda tewas. Jika anda melepaskan gol pada minit akhir seperti ketika menentang Everton, ia masih akan menjadi tajuk besar. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak.''

Dia yang dilantik pada mulanya sebagai pengurus sementara berjaya menstabilkan kelab selepas penamat hambar ketika dikendalikan Jose Mourinho dan mereka kini di tangga ketiga Liga Perdana, mara ke separuh akhir kejohanan tempatan selain cemerlang di Liga Europa.

Dengan laporan terbaharu itu, Solskjaer bakal mendapat sokongan padu pihak pengurusan untuk musim depan malah musim berikutnya walaupun gagal mendapatkan trofi musim ini.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP