WHAT'S NEXT

SUNDAY CRUISE

12.00pm - 02.00pm

MOURINHO TEMPELAK PEMAIN, MOHON MAAF KEPADA PENYOKONG

Jose Mourinho menempelak perwatakan ditunjukkan pemainnya dan memohon maaf kepada penyokong selepas Tottenham tersingkir daripada Liga Europa


Back To Sports Updates

LONDON: Jose Mourinho menempelak perwatakan ditunjukkan pemainnya dan memohon maaf kepada penyokong selepas Tottenham tersingkir daripada Liga Europa dengan cara yang memalukan.

Kunjungan mereka ke Zagreb sepatutnya hanya melengkapkan perlawanan selepas mengumpul kelebihan dua gol pada perlawanan pertama.

Hatrik Mislav Orsic bagaimanapun membantu juara Croatia itu mencipta kemenangan penuh makna pasukannya.

"Saya kecewa dengan perbezaan watak antara satu pasukan dengan satu lagi pasukan," kata Mourinho selepas kekalahan 3-2 secara agregat itu.

"Saya mohon maaf kerana pasukan saya – saya bersama pasukan itu – ialah pasukan yang bukan sahaja tidak membawa asas bola sepak tetapi saya juga percaya ia adalah asas kehidupan iaitu menghormati kerja kita dan memberikan apa sahaja.

"Saya tidak perlukan kritikan luaran kerana saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dengan pasukan saya. Saya tidak mahu bercakap lebih daripada itu.

"Bagi pihak pasukan saya, mungkin antara mereka tidak berkongsi perasaan dan emosi saya, saya hanya boleh mohon maaf kepada penyokong Tottenham."

Mourinho pergi ke bilik persalinan Dinamo selepas perlawanan berkenaan dan mengucapkan tahniah atas kemenangan pasukan itu.

Sumber: Berita Harian
Foto EPA