WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KLOPP TAK GOYANG, DAPAT SOKONGAN PEMILIK LIVERPOOL

Jurgen Klopp diberikan sepenuhnya sokongan oleh pemilik Liverpool walaupun wujud ketegangan di Anfield


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Jurgen Klopp diberikan sepenuhnya sokongan oleh pemilik Liverpool walaupun wujud ketegangan di Anfield.

Jurulatih dari Jerman itu mendedahkan dia melalui kekecewaan terbesar sepanjang kariernya selepas tewas 1-0 di laman sendiri kepada Fulham, kalah buat kali keenam berturut-turut di laman sendiri.

Skuad Reds kini kelapan liga - tujuh mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea - dan berdepan bahaya tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun pemilik dari Amerika Syarikat, Fenway Sports Group yakin keadaan ini hanya sementara dan Klopp mampu bangkit.

Liverpool akan berdepan Leipzig pada perlawanan kedua kelompok 16 terakhir di Budapest awal pagi Khamis ini waktu Malaysia selepas menang perlawanan pertama 2-0.

FSG percaya Liverpool cukup kuat untuk berdepan masalah kewangan jika tersingkir daripada Liga Juara-Juara. Namun situasi keseluruhan membabitkan pembelian pemain baharu masih membuatkan Klopp berang.

Dia kecewa dengan FSG yang gagal memberikan sepenuhnya sokongan ketika kelab berdepan masalah kecederaan pada pintu perpindahan Januari.

Klopp berang apabila dia diberitahu dengan jelas kelab tidak akan akan memikirkan untuk membeli pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly dengan kelab Itali itu meminta 100 juta pound (RM571.34 juta).

Sumber: Berita Harian
Foto AFP