• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

FERNANDES BANTU UNITED BENAM SOCIEDAD

Bruno Fernandes meledak dua gol ketika Manchester United membelasah Real Sociedad, 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa


Back To Sports Updates

Paris: Bruno Fernandes meledak dua gol ketika Manchester United membelasah Real Sociedad, 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa pagi ini, sementara Gareth Bale menyerlah buat Tottenham selepas membenam wakil Austria, Wolfsberg, 4-1.

United kendalian Ole Gunnar Solskjaer hampir pasti mara ke kelompok 16 terakhir, dengan empat jaringan di tempat lawan sebagai bekalan pada aksi timbal balik selepas perlawanan pertama berlangsung di Turin kerana sekatan perjalanan Covid-19.

"Kami tahu 4-0 adalah keputusan yang baik tetapi kami harus berhati-hati dengan apa yang mereka boleh lakukan," kata Fernandes kepada BT Sport.

"Sasaran saya adalah menjaringkan gol sebanyak mungkin yang boleh, itu adalah tugas saya. Hanya memenangi trofi menjadi sasaran."

Pasukan Liga Perdana itu mendahului pada minit ke-27 apabila Fernandes menghukum kesilapan pertahanan dengan menyempurnakan hantaran Marcus Rashford.

Anak buah Solskjaer menggandakan kedudukan 12 minit pada separuh masa kedua apabila Fernandes meledak jaringan ke-21 peribadinya musim ini.

Jaringan itu pada mulanya dikatakan ofsaid sebelum melihat rakaman VAR.

United terus mendominasi Sociedad dan akhirnya Rashford sendiri menjaringkan gol pada minit ke-65 menerusi serangan balas pantas dimulakan penjaga gol Dean Henderson.

Pertembungan itu berakhir apabila James melepaskan diri dan meledak ke penjuru gawang pada penghujung saingan.

Sementara itu, dalam aksi membabitkan Tottenham Hotspur, bintang Wales, Bale merekodkan bantuan gol pertama untuk pasukan itu sejak April 2013 untuk bergandingan dengan Son Heung-min bagi gol pembukaan di Budapest menentang Wolfsberg, sebelum meledak gol kedua ketika setengah jam permainan.

Jaringan menarik daripada Lucas Moura memastikan Spurs selesa mendahului pada separuh masa pertama.

Sekalipun Michael Liendl merapatkan jaringan buat wakil Austria selepas menyempurnakan penalti, kelab Inggeris itu bagaimanapun meletakkan sebelah kaki untuk mara ke peringkat seterusnya apabila Carlos Vinicius menjaringkan gol pada minit ke-88.

keputusan Liga Europa:

Dynamo Kiev 1 Club Brugge 1

Olympiakos 4 PSV Eindhoven 2

Young Boys 4 Bayer Leverkusen 3

Krasnodar 2 Dinamo Zagreb 3

Braga 0 Roma 2

Slavia Prague 0 Leicester City 0

Red Star Belgrade 2 AC Milan 2

Real Sociedad 0 Manchester United 4

Wolfsberg 1 Tottenham Hotspur 4

Lille 1 Ajax 2

Maccabi Tel Aviv 0 Shakhtar Donetsk 2

Granada 2 Napoli 0

Molde 3 Hoffenheim 3

Salzburg 0 Villarreal 2

Antwerp 3 Rangers 4

Benfica 1 Arsenal 1

Sumber: Harian Metro
Foto AFP