WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

HARTA MARADONA KENA 'REMBAT'

Peguam dakwa harta Maradona mungkin dicuri pihak tidak bertanggungjawab


Back To Sports Updates

LONDON: Kekayaan Diego Maradona sudah dijarah dan anak-anaknya kini terpaksa berebut nilai yang lebih kurang daripada 5 juta pound (RM28 juta), kata seorang peguam.

Ikon bola sepak itu memberitahu rakan terdekat sebelum dia meninggal dunia di mana dia memiliki kekayaan sekitar 75 juta pound (RM421 juta).

Namun, nilai yang 'dirompak' sejak kematiannya yang dijangka 15 kali ganda berbanding wang tunai dan aset hartanah yang turut dimasukkan dalam wasiatnya, terbongkar semalam.

Peguam yang mewakili anak bongsu Maradona, Diego Fernando mengakui 'ada pihak tidak bertanggungjawab' mungkin 'mencuri' kekayaan legenda bola sepak itu ketika dia cuba menyelesaikan situasi kewangan Maradona.

Mario Baurdy berkata: "Ada yang bercakap mengenai 75 juta pound tetapi hanya sekitar 4 juta pound (RM22 juta) sahaja yang ada dalam akaun bank selain apartment kecil, rumah kecil yang dimiliki Diego serta dua kereta.

"Diego memperoleh banyak wang tetapi masalahnya, wang itu tiada."

"Laporan perbelanjaan juga tidak ada, jadi kita tidak tahu sama ada dia ada membelanjakan wang itu atau orang lain (membelanjakannya) ataupun ia berada di tempat yang kita tidak tahu.

Mendakwa peti simpanan dengan cap jari yang dimiliki Maradona di rumahnya mungkin sudah diusik, dia berkata 'Diego menyangkakan hanya dia yang boleh membuka peti itu tetapi sesiapa sahaja yang menyentuhnya, boleh membukanya.'

"Kami cuba membuka peti deposit di bank dengan nama Maradona namun apabila kita ke sana, mungkin kita akan mendapati Maradona tidak pernah ke sana.

"Dengan Diego mewakilkan orang lain, mereka membuka akaun atas namanya.

"Dia memiliki jam tangan mewah dengan kad dan nombor siri di Dubai. Kami menemui 14 kad namun jam mewah itu tiada. Seseorang sudah mengambilnya.

"Kalau dia memperoleh berjuta-juta wang, ke mana duit itu pergi? Kalau Diego ada membelanjakan dan harapnya itulah yang berlaku, jadi itu bukan satu masalah.

"Warisnya juga akan tenang jika itu yang berlaku. Namun ketika ini, tiada dokumen untuk membuktikannya," tambah peguam itu.

Sumber: Berita Harian