LONDON: Harry Maguire berang Manchester United dilayan lebih keras oleh pengadil sejak komen Jurgen Klopp mengenai penalti pada Januari dengan mendakwa dia dinafikan penalti yang 'jelas' ketika berdepan West Brom.
United kecewa diikat 1-1 oleh skuad Baggies yang diancam penyingkiran malam tadi yang mencicirkan mata berharga bagi pemburuan gelaran.
Pasukan dari Old Trafford itu diberikan penalti pada babak kedua apabila Maguire dikasari Semi Ajayi namun dibatalkan selepas melihat rakaman VAR.
"Sejak orang daripada pasukan lain bercakap mengenai kami, kami tidak dapat apa-apa, langsung tiada," kata Maguire.
Pemain England itu merujuk kepada temubual diberikan Klopp selepas Liverpool tewas 1-0 kepada Southampton pada Januari apabila bos Reds itu menegaskan Sadio Mane sepatutnya diberikan penalti.
"Saya sangat yakin ia adalah penalti," kata kapten United itu.
"Saya tidak faham kenapa dia (pengadil) dihantar untuk melihat paparan di monitor.
"Saya berada di bahagian gol dan saya rasakan ada sentuhan di bahu saya, dia menarik saya ke belakang."
I would love to receive more updates from CatsFM !