WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

LIVERPOOL BERPELUANG SEKAT MAN CITY

Manchester City dan Liverpool menguasai saingan Liga Perdana Inggeris sejak empat musim lalu namun jurang mata antara pendahulu dan penyandang juara


Back To Sports Updates

London: Manchester City dan Liverpool menguasai saingan Liga Perdana Inggeris sejak empat musim lalu namun jurang mata antara pendahulu dan penyandang juara itu ternyata memisahkan mereka menjelang pertembungan pada tengah malam Ahad ini.

City tujuh mata di depan pasukan di tempat keempat Liverpool dan kelebihan satu perlawanan. Mereka mungkin dapat menafikan kebangkitan skuad kendalian Jurgen Klopp dengan kemenangan pertama di Anfield untuk tempoh 18 tahun.

Saingan kelompok bawahan pula menyaksikan Sheffield United, West Brom dan Fulham hampir pasti tercicir dan kembali ke saingan Liga Kejuaraan Inggeris.

Tetapi pasukan yang sedang bergelut seperti Liverpool, Chelsea, Tottenham dan Arsenal mempunyai saingan terbuka bagi slot Liga Juara-Juara, dengan tuan rumah yang akan berdepan lawan masing-masing memburu tempat dalam kelompok empat teratas.

Sekalipun jumlah perbelanjaan besar dilaburkan dan banyak piala dimenangi sejak pengambilalihan Shiekh Mansour pada 13 tahun yang lalu, Anfield tetap menjadi benteng yang sukar ditandingi skuad Citizens dengan kemenangan terakhir mereka pada 2003.

Bagaimanapun, rekod kebal Liverpool di gelanggang sendiri terlucut sejak beberapa minggu lalu dalam stadium tanpa penonton.

Selepas rekod 68 perlawanan tanpa kalah kelab dalam Liga Perdana di Anfiled, skuad Reds dikejutkan dengan kekalahan 0-1 ke atas Burnley dan Brighton.

Liverpool tidak menang empat perlawanan di laman sendiri - dan tidak berjaya meledak gol sejak hujung Disember lalu.

Klopp mengakui skuad kendaliannya bergelut dengan mental dan keletihan fizikal ketika krisis kecederaan di barisan pertahanan berterusan yang memberi impak kepada keseluruhan pasukan, dengan pemain tengah Fabinho dan Jordan Henderson terpaksa beraksi di barisan pertahanan tengah.

Penjaga gol, Alisson Becker, Fabinho dan Sadio Mane terlepas aksi ketika tewas kepada Brighton semalam namun mungkin kembali dalam ujian mencabar untuk menyekat City mencatat rekod kemenangan pada 13 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Sekalipun tanpa kehadiran Kevin De Bruyne, City menemui rentak untuk memastikan pemburuan kejuaraan berbanding Liverpool, selepas mereka dipisahkan dengan perbezaan satu mata pada saingan penentu kejuaraan musim 2018/19.

Skuad kendalian Pep Guardiola hanya melepaskan satu gol dalam sembilan kemenangan perlawanan liga untuk mendahului tiga mata di puncak dengan kelebihan satu perlawanan ke atas pasukan di tempat kedua, Manchester United.

"Penghujungnya adalah sasaran untuk menjadi juara," kata Guardiola.

"Ia adalah sama (tiga) mata, tetapi berdepan pencabar sukar."

Sumber: Harian Metro
Foto File Agensi