WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LIVERPOOL DILARANG MASUK KE JERMAN

Liverpool kendalian Jurgen Klopp dilarang memasuki Jerman untuk aksi Liga Juara-Juara 16 Februari ini


Back To Sports Updates

BERLIN: Liverpool dilarang memasuki Jerman untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada 16 Februari ini kerana peraturan ketat pandemik COVID-19.

"Polis persekutuan Jerman memaklumkan kepada RB Leipzig hari ini yang kes berkenaan tidak memenuhi kriteria untuk pengecualian perjalanan," kata kerajaan Jerman dalam satu kenyataan.

Peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menuntut Leipzig mencari jalan untuk menganjurkan perlawanan kelompok 16 Liga Juara-Juara itu, atau berisiko diberikan kekalahan 3-0, tetapi perancangan untuk perlawanan itu diatasi oleh halangan perjalanan Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif RB Leipzig Oliver Mintzlaff berkata kelab akan mencari lokasi alternatif untuk aksi itu.

"Kami sedang berbincang dan mencari penyelesaian. Kami akan bermain di tempat lain," kata Mintzlaff.

Leipzig, yang mara ke separuh akhir kejohanan itu musim lalu, dijadualkan bertandang ke Liverpool untuk aksi timbal balik yang akan diadakan secara tertutup pada 10 Mac.

Keputusan kerajaan Jerman itu turut menimbulkan persoalan tentang status perlawanan Liga Juara-Juara antara Manchester City dan Borussia Moenchengladbach yang akan berlangsung di Jerman pada 24 Februari ini.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP