WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

CITY LONJAK KE TANGGA TERATAS, ARSENAL BALAS DENDAM

Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah West Brom 5-0


Back To Sports Updates

West Bromwich: Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah West Brom 5-0 untuk mengekalkan kemenangan berturut-turut kepada 11 perlawanan.

Ilkay Gundogan meledak dua gol, manakala Joao Cancelo, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling turut mencetak nama sebagai penjaring untuk membantu mengatasi seteru setempat, Manchester United dengan kelebihan satu mata.

Sementara itu, Arsenal membalas dendam ke atas penyingkiran mereka di Piala FA dengan mengalahkan Southampton 3-1 dalam satu lagi aksi EPL.

Sebelum ini pasukan bimbingan Mikel Arteta itu yang juga penyandang kejuaraan Piala FA tersingkir di pusingan keempat Piala FA selepas kalah 0-1 di St Mary.

Lain-lain keputusan menyaksikan Leeds United berjaya menjinakkan tuan rumah, Newcastle United selepas mencatat kemenangan tipis 1-2.

West Ham United pula perlu berterima kasih kepada Tomas Soucek yang menyumbang dua gol ketika mengalakan Crystal Palace 3-2.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP