• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

OWEN SELAR SIKAP 'TAMAK' SALAH

Michael Owen berpendapat sikap 'tamak' Mohamed Salah antara penyebab kepada kegagalan Liverpool


Back To Sports Updates

London: Michael Owen berpendapat sikap 'tamak' Mohamed Salah antara penyebab kepada kegagalan Liverpool mempamerkan prestasi terbaik mereka sejak kebelakangan ini.

Bintang Mesir itu turut gagal menemui jaringan dalam empat perlawanan liga ketika skuad the Reds juga mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan.

Berikutan itu penyandang juara Liga Perdana jatuh di bawah Manchester United selain turut dipintas Man City dan Leicester dalam carta liga.

Salah, 28, mengekalkan rekod jaringan baik sejak awal musim ini dengan 13 gol dalam 17 perlawanan liga. Tetapi prestasinya menjadi persoalan selepas keputusan seri 0-0 menentang skuad Red Devils Isnin lalu.

Owen yang mencipta kegemilangan bersama kelab itu seawal usia 17 tahun di Anfiled, percaya Salah tidak melakukan perkara yang cukup untuk membantu pasukannya.

Katanya: "Terlalu banyak sikap pentingkan diri sendiri ketika beraksi, saya dapat melihat ia berlaku sekali lagi.

"Mo Salah tidak cukup melakukan hantaran sekali lagi. Dia tidak pernah membuat hantaran yang baik, namun ia agak keterlaluan. Itu yang berlaku dalam beberapa perlawanan yang lalu pada pendapat saya."

Ini bukan kali pertama Salah dituduh 'tamak'.

Pada September 2019, Sadio Mane bertelingkah dengan rakan sepasukannya selepas Salah gagal melorongkan bola kepadanya ketika dia sudah berada pada kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tetap mempertahankan bekas pemain Chelsea itu dan dia berkata akan menasihatkan Salah supaya tidak melakukan perkara berkenaan.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP