WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

NEYMAR BANTU PSG MENANG TROFI JUARA

Pemain Paris Saint-Germain meraikan kejayaan sambil menjulang trofi kejuaraan Trofi Juara Perancis di Stadium Bollaert-Delelis, Lens


Back To Sports Updates

LENS, Perancis: Neymar meledak gol apabila kembali beraksi buat Paris Saint-Germain pagi tadi ketika kelab berkenaan menewaskan pencabar utama, Marseille 2-1 seterusnya menang Trofi Juara musim ini.

Penyerang Brazil itu menyempurnakan penalti minit ke-85 untuk meletakkan PSG dua gol di depan selepas gol pembukaan Mauro Icardi dan memberikan jurulatih baharu, Mauricio Pochettino trofi pertama di ibu kota Perancis itu.

"Saya berharap untuk menang lebih banyak gelaran, tapi yang pertama sentiasa istimewa," kata Pochettino.

"Kami berhak atas kemenangan ini, kami beraksi dengan bagus."

Trofi Juara bersamaan dengan Piala Super, biasanya dipertandingkan pada permulaan musim membabitkan juara liga dan pemenang Piala Perancis.

Ketika PSG menang kedua-dua gelaran musim lalu, Marseille dipilih sebagai lawan kerana bergelar naib juara Ligue 1.

Kejohanan musim ini dilewatkan kerana pandemik COVID-19.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP