WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

MAYWEATHER MAHU TUMBUK YOUTUBER POPULAR

Floyd Mayweather mengumumkan kesediaan untuk berentap dengan personaliti YouTube popular, Logan Paul dalam pertarungan pertunjukan awal tahun depan


Back To Sports Updates

Los Angeles: Floyd Mayweather mengumumkan kesediaan untuk berentap dengan personaliti YouTube popular, Logan Paul dalam pertarungan pertunjukan awal tahun depan.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai hasrat terbaru bekas juara tinju itu dengan pertarungan bakal diadakan pada 20 Februari.

Mayweather yang berusia 43 tahun tidak bertarung secara serius sejak menentang Andre Berto pada 2015, tahun sama dia menentang juara Filipina, Manny Pacquiao.

Pada 2017, Mayweather menewaskan jaguh seni bela diri campuran, Conor McGregor yang tidak pernah bertinju secara profesional. Pertarungan berat sebelah itu membolehkan Mayweather mengakhiri karier tinjunya dengan rekod keseluruhan 50-0.

Setahun kemudian, Mayweather sekali lagi tampil dalam satu lagi aksi pertunjukan 'gila' menentang jaguh 'kickboxing' Tenshin Nasukawa pada hari Tahun Baru dengan habuan lumayan $9 juta (RM36.63 juta).

Paul yang berusia 25 tahun hanya sekali bertarung menentang pesaing YouTube, KSI pada November 2019.

Dia menerima kritikan hebat daripada pihak YouTube sendiri pada 2017 selepas memuat naik mayat video mangsa bunuh diri di Jepun. Video itu yang dirakam di hutan Aokigahara menyebabkan YouTube memutuskan beberapa urusan bisnes dengan Paul.

Bulan lalu, Mayweather berkongsi video di Instagram mengenai pertarungannya selepas ini tetapi tanpa sebarang butiran lanjut.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP