WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

LIVERPOOL REHATKAN PEMAIN BINTANGNYA JUMPA MIDTJYLLAND

Liverpool sudah mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan D


Back To Sports Updates

LONDON: Liverpool sudah mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan D menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Denmark awal pagi Khamis ini waktu Malaysia.

Juara enam kali itu akan berdepan Midtjylland di MCH Arena, Herning yang juga mengesahkan kedudukan sebagai pasukan tercorot kumpulan tanpa mengira keputusan perlawanan pada hari terakhir itu.

Kedua-dua pasukan dijangka memanfaatkan perlawanan berkenaan untuk merehatkan bintang mereka di samping memberi peluang kepada pemain-pemain yang belum beraksi atau kurang minit perlawanan.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang skuadnya dibelenggu kecederaan sudah pasti mahu merehatkan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane, manakala Andrew Robertson dan Georginio Wijnaldum yang cemerlang ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu juga perlu direhatkan.

Diogo Jota tidak membarisi kesebelasan utama dalam kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers, dan kemungkinan akan memulakan perlawanan awal pagi Khamis ini.

Jordan Henderson, Curtis Jones dan Caoimhin Kelleher juga akan kekal dalam kesebelasan utama dengan Kelleher menjadi penjaga gol Liverpool yang pertama tidak dibolosi dalam dua permulaan Liga Juara-Juara untuk kelab.

Kelleher kini mengatasi Adrian sebagai penjaga gol sokongan kepada Alisson Becker, yang dijangka kembali daripada masalah hamstring hujung minggu ini.

Alex Oxlade-Chamberlain juga semakin pulih daripada kecederaan lutut tetapi tidak sempat untuk perlawanan Khamis ini, manakala Trent Alexander-Arnold dan Naby Keita kembali cergas.

Kedua-dua pemain itu bakal diberi peluang untuk mendapatkan lebih minit permainan, manakala Rhys Williams dan Billy Koumetio dijangka bergandingan di benteng Liverpool.

Kostas Tsimikas, Takumi Minamino dan Divock Origi antara pemain simpanan yang bakal mengisi kesebelasan utama bertemu Midtjylland.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP