WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

AKSI MENENTANG MARSEILLE PERSIAPAN CITY JUMPA UNITED

Manchester City akan menggunakan perlawanan terakhir Kumpulan C saingan Liga Juara-Juara menentang Marseille di laman sendiri


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester City akan menggunakan perlawanan terakhir Kumpulan C saingan Liga Juara-Juara menentang Marseille di laman sendiri, di Stadium Etihad awal pagi Khamis ini waktu Malaysia sebagai persediaan untuk pertemuan tetangga Manchester hujung minggu ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola sudah mengesahkan tempat dalam kelompok 16 Liga Juara-Juara, manakala Marseille hanya dapat mengharapkan tempat dalam Liga Europa selepas saingan hambar di peringkat kumpulan.

City menewaskan Fulham 2-0 Sabtu lalu, dengan anak buah Guardiola melebarkan rekod tanpa bolos kepada empat perlawanan berturut-turut.

Raheem Sterling membuka jaringan sebelum memenangi penalti Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-20nya - rekod tertinggi liga - dan Kevin De Bruyne menyempurnakan sepakan untuk kemenangan ketiga City dalam empat perlawanan di semua pertandingan.

Berbeza dengan permulaan dalam saingan domestik, City mengharungi kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan cemerlang dan memastikan tempat di pusingan kalah mati dengan mudah.

Benteng City hanya ditembusi sekali dalam kempen kali ini - menerusi pemain Porto Luis Diaz pada perlawanan pertama - dan kelab Inggeris itu mengekalkan rekod bersih empat kali berturut-turut untuk menyamai Chelsea sebagai pasukan paling kurang dibolosi pada Liga Juara-Juara 2020-21.

City tercicir mata buat pertama kali di pentas Eropah musim ini pada minggu lalu apabila Porto mengikat mereka tanpa jaringan.

Penampilan pertama Marseille di pentas tertinggi Eropah sejak musim 2013-14 kurang memberangsangkan walaupun anak buah Andre Villas-Boas akhirnya berjaya merakam kemenangan dengan menewaskan Olympiacos 2-1 minggu lalu.

Sumber: Berita Harian
Foto ihsan Manchester Evening News