WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MANCHESTER UTD BANGKIT BENAM WEST HAM

Manchester United bangkit menewaskan West Ham 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United bangkit menewaskan West Ham 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London yang dihadiri penyokong buat pertama kali sejak sembilan bulan lalu.

United ketinggalan satu gol, tetapi buat kali kelima berturut-turut dalam perlawanan di tempat lawan, mereka bangkit merakam kemenangan hasil jaringan Paul Pogba, Mason Greenwood dan Marcus Rashford dalam tempoh 13 minit di babak kedua.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer, yang menang sembilan perlawanan liga di tempat lawan berturut-turut, kini di tangga keempat - satu mata di depan Manchester City yang sebelum itu menewaskan Fulham 2-0.

Solskjaer tidak menyenaraikan Bruno Fernandes dan Rashford dalam kesebelasan utama bagi memastikan bintangnya itu cergas menjelang aksi Liga Juara-Juara di laman RB Leipzig Selasa ini.

Bagaimanapun kedua-dua pemain itu dimasukkan untuk mencetus kebangkitan di babak kedua selepas jaringan Tomas Soucek meletakkan West Ham di depan tujuh minit sebelum rehat.

The Hammers yang mendapat sokongan padu 2,000 penyokong sepatutnya melebarkan jurang tetapi beberapa peluang keemasan gagal dimanfaatkan tuan rumah.

"Apabila anda ketinggalan 1-0, 2-0, pemain-pemain masih mempunyai keyakinan dan karakter itu amat penting.

"Di akhir musim anda tidak lagi akan mempedulikan tentang persembahan," kata Solskjaer.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP