WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

UNITED KEMBALI KE LANDASAN KEMENANGAN

Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Manchester United kembali ke landasan yang betul selepas mereka menebus kekalahan memalukan kepada Istanbul Basaksehir


Back To Sports Updates

Manchester: Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Manchester United kembali ke landasan yang betul selepas mereka menebus kekalahan memalukan kepada Istanbul Basaksehir apabila melakarkan kemenangan 4-1 di Old Trafford.

Pasukan Solskjaer dikejutkan oleh kelab Turki itu apabila tewas 1-2 dalam aksi Kumpulan H sebelum ini di Istanbul awal bulan ini.

Namun pasukan itu tidak lagi memberi peluang apabila kali ini membelasah Basaksehir di Old Trafford.

Bruno Fernandes membuka jaringan di Old Trafford seawal minit ketujuh dengan percubaan jarak jauh sebelum menggandakannya 12 minit kemudian.

Dia berpeluang melengkapkan hatrik tetapi memberi Marcus Rashford mengambil sepakan penalti untuk gol ketiga United sebelum rehat.

Pemain Basaksehir, Deniz Turuc merapatkan jurang menerusi sepakan percuma, tetapi Daniel James mengesahkan kemenangan United di minit terakhir permainan.

"Saya rasa pada babak pertama kami sudah dapat melihat apa yang mereka mahukan mereka hendak bermain dan menikmatinya," kata Solskjaer.

"Ia adalah malam Liga Juara-Juara di Old Trafford, anda mahu mereka menikmatinya. Kami meledakkan beberapa gol yang cantik, saya sangat berpuas hati."

Selepas merakam kemenangan ketiga dari empat perlawanan peringkat kumpulan, United kini hanya memerlukan satu mata daripada baki dua perlawanan untuk mara ke kelompok 16 terakhir.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Paris Saint-Germain dan RB Leipzig.

"Kami memerlukan satu mata tapi sudah pasti kami mahu menang dan juara kumpulan tapi akan memikirkan satu perlawanan demi satu perlawanan," kata Solskjaer.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP