WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SEPANYOL BELASAH JERMAN

Pemain tengah Sepanyol, Ferran Torres berjaya menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer


Back To Sports Updates

PARIS: Ferran Torres meledak hatrik bagi membantu Sepanyol memberikan Jerman kekalahan terburuk dalam tempoh 89 tahun menerusi kemenangan 6-0 di Seville, awal pagi tadi sekali gus layak ke pusingan akhir Liga Negara-Negara UEFA.

Penyerang Manchester City, Torres muncul wira buat Sepanyol yang beraksi lebih baik berbanding Jerman.

Kekalahan itu menyaksikan masa depan jurulatih Jerman, Joachim Loew kini menjadi tanda-tanya selepas dia turut  menerima tekanan sebelum perlawanan berkenaan.

"Ini adalah hari malang buat kami," kata Loew selepas kekalahan terburuk dialami Jerman sejak tewas 0-6 di tangan Austria pada 1931.

Jerman hadir di Seville bagi aksi terakhir Liga A, Kumpulan 4 itu dengan kedudukan ditangga teratas, berkelebihan satu mata ke atas Sepanyol dan hanya memerlukan keputusan seri bagi layak ke pusingan akhir yang berlangsung Oktober tahun depan.

Bagaimanapun, Alvaro Morata membuka tirai jaringan buat Sepanyol pada minit ke-17 sebelum Torres meledak gol kedua minit ke-33.

Rodri kemudian meletakkan Sepanyol selesa di depan apabila menjaringkan gol ketiga pasukan itu sebelum tamat babak pertama.

Torres melengkapkan hatriknya dalam perlawanan itu apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-55 dan 71 sebelum pemain gantian, Mikel Oyarzabal menjaringkan gol keenam minit ke-89.

"Ia adalah salah satu perlawanan terbaik buat skuad bola sepak Sepanyol," kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.

Sumber: Berita Harian