WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

DESCHAMPS DAKWA POGBA TAK GEMBIRA DI OLD TRAFFORD

Jurulatih Didier Deschamps memperkatakan sesuatu kepada Paul Pogba ketika sesi latihan pasukan kebangsaan Perancis di Clairefontaine-en-Yvelines


Back To Sports Updates

PARIS: Didier Deschamps mendakwa Paul Pogba tidak gembira di Manchester United.

Pemenang Piala Dunia Perancis berusia 27 tahun itu diletakkan di bangku simpanan pada dua perlawanan terakhir Red Devils apabila memberikan penalti ketika tewas 1-0 di laman sendiri kepada Arsenal.

Pogba yang masih memiliki baki kontrak dua tahun, menyatakan bulan lalu dia mengimpikan untuk bermain dengan Real Madrid satu hari nanti.

Pengendali Perancis itu berkata: "Paul, saya amat mengenalinya dan dia sangat mengenali kumpulan pemain itu.

"Dia berada dalam situasi dia tidak gembira dengan kelabnya, dengan masa dia diberikan peluang bermain atau dengan posisinya.

"Dia tidak berada dalam tempoh terbaik, dia mengalami beberapa kecederaan dan COVID-19 yang teruk memberikan kesan teruk padanya.

"Dia perlu mencari rentaknya. Kita bagaimanapun tidak boleh berkata dia sudah memenuhi tanggungjawab di kelab."

Namun Deschamps yang akan membawa Perancis berdepan Finland pada saingan persahabatan awal pagi Khamis ini waktu Malaysia sebelum saingan Liga Negara-Negara berdepan Portugal dan Sweden, berharap perubahan perlawanan akan membantu pemain tengah itu mendapatkan kembali prestasinya.

Sumber: Berita Harian
Foto EPA