WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

JOTA JULANG SALAH, MANE

Penyerang Liverpool, Diogo Jota memuji persembahan bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane yang meningkatkan gaya permainannya


Back To Sports Updates

BERGAMO, Itali: Penyerang Liverpool, Diogo Jota memuji persembahan bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane yang meningkatkan gaya permainannya ketika dia meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 ke atas Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Saya bermain bersama pasukan terbaik dalam karier saya setakat ini," kata pemain berusia 23 tahun itu yang kini meledak dalam empat perlawanan berturut-turut sejak berhijrah dari Wolves pada September.

Pemain Portugal itu menjadi pemain kedua menjaringkan gol dalam dua penampilan pertama Liga Juara-Juara buat Liverpool sejak Robbie Keane pada 2008, selepas membuka jaringan ketika menang 2-0 mengatasi Midtjylland sebelum ini.

Jota menjaringkan dua gol pada babak pertama sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-55 permainan di Bergamo selepas Salah dan Mane menambah dua jaringan selepas rehat di utara Itali.

"Jelas mereka (Mane dan Salah) adalah dua pemain kelas dunia. Kami semua tahu kualiti dimiliki mereka yang menjadikan mudah buat saya melakukan tugas kerana mereka menakjubkan dan melalui perlawanan yang hebat hari ini.

"Lima gol, ia bukan selalu terjadi. Kami menjaringkan gol awalm jadi ia saat yang bagus buat saya dan pasukan, dan kemudian kami boleh melakukannya dengan cara kami."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP