WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

CRISTIANO KEMBALI - RONALDO

Juara Serie A itu menamatkan deretan tiga keputusan seri untuk melonjak ke tangga ketiga liga, empat mata di belakang pendahulu


Back To Sports Updates

Juara Serie A itu menamatkan deretan tiga keputusan seri untuk melonjak ke tangga ketiga liga, empat mata di belakang pendahulu, AC Milan yang menewaskan Udinese 2-1 hasil jaringan kemenangan lewat permainan Zlatan Ibrahimovic.

Sassuolo di tangga kedua, dua mata di belakang Milan selepas kemenangan 2-0 ke atas Napoli - kejayaan pertama mereka di Stadio San Paolo.

Ronaldo menggantikan Paulo Dybala pada minit ke-56 di Cesena ketika permainan terikat 1-1 selepas Tommaso Pobega mengimbangi jaringan pembukaan Alvaro Morata untuk Juventus.

Penyerang Portugal itu meletakkan Juve di depan hanya selepas tiga minit beraksi.

Adrien Rabiot meledak gol ketiga pada minit ke-68 dan Ronaldo melengkapkan kemenangan dengan sepakan penalti 15 minit sebelum tamat permainan.

"Cristiano kembali. Ini yang paling penting. Saya direhatkan untuk tempoh yang lama walaupun tiada gejala dan rasa sihat.

"Hari ini saya kembali melakukan apa yang saya suka, bermain bola sepak," kata Ronaldo yang kecewa tidak dapat beraksi ketika kekalahan 2-0 kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Sumber: Berita Harian