WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

RONALDO KEMBALI BERAKSI AHAD INI

Juventus kendalian Andrea Pirlo bertandang ke Spezia Ahad ini dengan harapan diperkuat kembali Cristiano Ronaldo selepas kekalahan kepada Barcelona


Back To Sports Updates

MILAN: Juventus kendalian Andrea Pirlo bertandang ke Spezia Ahad ini dengan harapan diperkuat kembali Cristiano Ronaldo selepas kekalahan kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ronaldo tidak beraksi ketika kekalahan 2-0 di tangan Barca kerana masih dikuarantin selepas didapati positif COVID-19 dua minggu lalu - kekalahan pertama Pirlo sebagai pengendali.

Juara Serie A itu tidak bermula baik musim ini dalam usaha mereka memburu kejuaraan liga ke-10 berturut-turut, dan gelaran elit Eropah pertama sejak tahun 1996.

Gergasi Turin itu kini di tangga kelima - empat mata di belakang AC Milan yang diterajui Zlatan Ibrahimovic - dan akan bertemu kelab kerdil dari Liguria yang berada di tangga ke-14 liga.

Juara bertahan sembilan kali itu memenangi perlawanan pembukaan ke atas Sampdoria pada September, kemenangan tunggal Serie A mereka di atas padang musim ini sebelum mencatat tiga keputusan seri.

Mereka bagaimanapun mendapat kemenangan percuma ke atas Napoli yang enggan bertandang ke Turin pada 4 Oktober kerana kes COVID-19.

"Keputusan kami tidak memenuhi piawaian sebenar kami. Kami perlu berusaha, bersatu dan memberikan persembahan terbaik kami.

"Kami kehilangan pemain penting, ia bukan alasan, ia adalah kenyataan, tetapi kami akan kembali dengan lebih baik," kata pertahanan Juve Leonardo Bonucci.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP