WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RONALDO KEMPUNAN LAWAN MESSI

Cristiano Ronaldo diuji positif sekali lagi COVID-19 menjelang pertemuan Juventus dalam Liga Juara-Juara berdepan pencabar utamanya, Lionel Messi


Back To Sports Updates

TURIN, Itali: Cristiano Ronaldo diuji positif sekali lagi COVID-19 menjelang pertemuan Juventus dalam Liga Juara-Juara berdepan pencabar utamanya, Lionel Messi bersama Barcelona, menurut laporan media di Itali dan Portugal.

TVI Portugal melaporkan Ronaldo "sekali lagi diuji positif Covid-19" selepas ujian calitan dibuat Juventus.

Pemain berusia 35 tahun itu kini menanti keputusan ujian UEFA dan jika positif menyebabkan dia akan diketepikan daripada saingan Kumpulan G di sini.

Kali pertama Ronaldo diuji positif ialah dua minggu lalu ketika beraksi dengan Portugal dan menjalani kuarantin sejak kembali ke Itali.

Menurut TV1, pemenang lima kali Ballon d'Or itu sudah 18 kali diuji positif.

Ronaldo perlu kembali negatif 24 jam sebelum perlawanan bagi membolehkan dia bermain menurut peraturan UEFA.

Juventus hanya mengesahkan pemain itu sudah pulih dengan Sky Sport Italia dan Gazzetta Dello Sport melaporkan Ronaldo akan terlepas aksi menentang Barcelona.

Sumber: Berita Harian
Foto ihsan talkSPORT