• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

CECH 'TALIAN HAYAT' JAGA GAWANG CHELSEA

Penjaga gol, Petr Cech disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Chelsea sekalipun sudah bersara pada penghujung musim 2018-19


Back To Sports Updates

London: Penjaga gol, Petr Cech disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Chelsea sekalipun sudah bersara pada penghujung musim 2018-19.

Pemain berusia 38 tahun itu, yang kini bertindak sebagai penasihat prestasi dan teknikal kelab berkenaan disenaraikan sekiranya berlaku kecemasan.

Cech beraksi 11 tahun di Stamford Bridge, memenangi 13 trofi termasuk empat kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Kali terakhir dia beraksi untuk skuad Blues ketika menang 3-1 ke atas Sunderland pada Mei 2015 sebelum menyertai seteru London, Arsenal.

Bekas pemain antarabangsa Republik Czech kemudian kembali ke Chelsea pada musim panas tahun lalu untuk memikul tugas baharu dan membantu dalam program kejurulatihan penjaga gol.

"Saya sememangnya tidak melakukannya untuk berseronok. Pete gembira menjalani latihan, itu adalah dirinya," kata pengurus Blues, Frank Lampard.

"Dengan kehadiran Pete, adalah sesuatu yang saya harapkan tidak berlaku, tetapi dengan kecergasannya itu jika berdepan krisis kami mahu mempunyai pemain yang lebih baik seperti Petr Cech di samping kami.

"Saya tidak menjangkakan dia akan beraksi, tetapi tiada orang yang boleh menjangka apa akan berlaku dalam tempoh enam atau tujuh bulan, ia menjelaskan kenapa dia berada di sini.

"Kami mempunyai ruang tahun ini, dan Covid-19 membuatkan tahun ini lain daripada sebelumnya. Dia sangat cergas, dia seperti pemain muda dan tidak pernah berhenti bermain."

Sumber: Harian Metro
Foto Getty Images