WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CITY 'PANCING' MESSI

Manchester City sudah merangka perancangan untuk membawa masuk bintang Barcelona, Lionel Messi pada musim panas akan datang


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester City sudah merangka perancangan untuk membawa masuk bintang Barcelona, Lionel Messi pada musim panas akan datang.

Messi sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Etihad selepas dia memberi isyarat mahu meninggalkan Nou Camp.

Bagaimanapun, selepas dua minggu mengadakan rundingan, Messi membuat pusingan U dan memutuskan untuk kekal bersama Barcelona pada tahun terakhir kontraknya.

Kini, City sudah mememulakan gerakan bagi mendapatkan khidmat pemain terbaik dunia itu secara percuma pada hujung saingan musim ini.

"Dia pemain yang memiliki bakat menakjubkan dan mampu mencetuskan impak yang besar terhadap mana-mana kelab di dunia sama ada di dalam mahupun di luar padang.

"Dia adalah pemain terbaik dunia dan pemain terbaik dalam generasinya.

"Saya fikir mana-mana kelab di dunia akan melihat kemungkinan dia menyertai pasukan mereka.

"Ketika dia menyuarakan keinginannya untuk bermain bersama City membuktikan betapa pasukan ini adalah tempat di mana pemain terbaik mahu sertai," kata Ketua Pegawai Operasi City, Omar Berrada.

Messi akan menjangkau usia 34 tahun seminggu sebelum kontraknya bersama Barcelona tamat dan ia akan memberikan pengecualian terhadap polisi perpindahan City.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP