WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

RONALDO KURANG BERNASIB BAIK

Cubaan Cristiano Ronaldo terkena palang gol ketika Portugal dan Sepanyol seri tanpa jaringan


Back To Sports Updates

Lisbon: Cubaan Cristiano Ronaldo terkena palang gol ketika Portugal dan Sepanyol seri tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan di Lisbon, hari ini.

Ronaldo dan Renato Sanchez masing-masing dikecewakan oleh palang gol dan Portugal sepatutnya mencatat kemenangan pada masa kecederaan tetapi cubaan Joao Felix hanya sedikit tersasar.

Sepanyol dilihat mempamer aksi lebih baik pada awal permainan di Stadium Jose Alvalade namun kedua-dua pasukan gagal meraih kemenangan menjelang aksi Liga Negara-Negara.

"Saya rasa kami beraksi lebih baik berbanding Portugal," kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.

"Kami menguasai permainan. Benar lawan mempunyai dua peluang terbaik yang terkena palang gol dan salah satunya diselamatkan oleh Kepa tetapi kami juga ada peluang untuk menjaringkan gol.

Kedua-dua pasukan mengungguli tangga teratas peringkat kumpulan Liga Negara-Negara dengan Portugal meraih mata maksimum selepas menewaskan Croatia dan Sweden.

Sepanyol pula meraih empat mata selepas menewaskan Ukraine dan seri bertemu Jerman.

Sepanyol akan bertemu Switzerland, Sabtu ini sebelum bertemu Ukraine tiga hari selepas itu.

Portugal pula akan bertemu juara Piala Dunia, Perancis dan kemudian bertemu Sweden di tempat sendiri.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP