WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

UNITED DILAPORKAN HUBUNGI POCHETTINO

Mauricio Pochettino dikatakan sudah dihubungi pengurusan di Old Trafford bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang mungkin dipecat


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United sudah menghubungi Mauricio Pochettino mengenai potensi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus kelab, menurut satu laporan.

The Red Devils dibelasah 6-1 di laman sendiri oleh bekas kelab kendalian Pochettino, Tottenham Hotspur semalam yang mengaburkan masa depan Solskjaer di kelab berkenaan.

Pengurus dari Argentina itu tidak bekerja selepas dipecat Spurs 11 bulan lalu dan masih menanti cabaran seterusnya dalam pengurusan.

Dan menurut akhbar Daily Star, pengurusan kanan di Old Trafford sudah menghubungi wakil Pochettino dan bertanya sama ada dia berminat menjadi pengurus.

Laporan berkenaan mengatakan pengurusan tertinggi United mahu melihat keputusan lebih baik daripada Solskjaer, namun ketua eksekutif, Ed Woodward keberatan memecat pengendali dari Norway itu.

Justeru hubungan dengan Pochettino hanya akan berlaku jika mereka mahu menukar pengurus.

Pochettino mengambil alih Spurs daripada kedudukan biasa di pertengahan liga pada 2014 hingga bergelar finalis Liga Juara-Juara lima tahun kemudian.

Dalam tempoh berkenaan Tottenham juga berpindah stadium ketika pengurus itu membantu mencipta skuad yang kuat termasuk kapten, Hugo Lloris; pertahanan Toby Alderweireld dan bintang penyerang, Harry Kane.

Selepas hanya lima bulan membawa Spurs ke final Liga Juara-Juara ketika mereka tewas 2-0 kepada Liverpool pada Jun 2019, Pochettino dilepaskan daripada tugasnya selepas persembahan hambar dan digantikan Jose Mourinho.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP