WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BARCELONA RUGI RM474 JUTA ANGKARA COVID-19

Lionel Messi antara tonggak Barcelona yang membawa banyak kejayaan buat kelab berkenaan


Back To Sports Updates

BARCELONA: Kelab Barcelona rugi 97 juta euro (RM474.84 juta) musim lalu kerana pandemik COVID-19, menurut laporan kewangan diumumkan kelab dari Catalan itu hari ini.

"Kesan COVID-19 bermakna kami rugi 200 juta euro (RM979.05 juta) dalam pendapatan, kerugian sebenar berjumlah 97 juta (RM474.84 juta) dan kami tidak membuat keuntungan 11 juta (RM53.85 juta) seperti diramalkan," kata Jordi Moix, seorang daripada naib presiden kelab.

Barcelona menyasarkan pendapatan keseluruhan 1.047 bilion euro (RM5.13 bilion) untuk musim 2019/2020 tetapi disebabkan pandemik mereka hanya mengumpul 855 juta euro (RM4.185 bilion), kurang 203 juta (RM993.74 juta) daripada jangkaan.

Berdepan kejatuhan pendapatan, kelab berusaha mengurangkan perbelanjaan dengan menjimatkan 74 juta euro (RM362.25 juta).

Jumlah berkenaan termasuk 42 juta (RM205.60 juta) hasil pemotongan 70 peratus gaji dipersetujui bersama pemain manakala 30 juta (RM146.86 juta) berkaitan pengurusan serta 2 juta (RM9.79 juta) gaji staf bawahan bukan berkaitan sukan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP