WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

'EL LOCO' TIDAK GENTAR BERDEPAN KLOPP

Pengendali Leeds United, Marcelo Bielsa akan berdepan skuad kendalian Klopp pada saingan sulung Liga Perdana mereka awal pagi Ahad ini


Back To Sports Updates

LONDON: Selepas 16 tahun menghilangkan diri, Leeds United kini menanti detik kepulangan ke Liga Perdana dengan pengurus mereka, Marcelo Bielsa pasti menjadi tumpuan.

Leeds berdepan cabaran terbesar apabila mereka menanti kunjungan juara Liga Perdana, Liverpool awal pagi Ahad ini dalam aksi liga utama pertama sejak 2004.

Namun prospek untuk berdepan bos Reds, Jurgen Klopp tampak tidak menggusarkan Bielsa, yang menjadi hero di Elland Road selepas mengemudi kepulangan Leeds ke Liga Perdana pada musim keduanya di kelab itu.

Pengurus berusia 65 tahun dari Argentina itu yang digelar 'El Loco' kerana perangai gila-gila, mengejutkan gergasi yang sedang tidur dengan gaya pengurusan unik.

Tidak menghiraukan prospek jawatan bergaji lumayan, Bielsa tinggal di sebuah flat kecil di atas kedai gula-gula, mengadakan mesyuarat di kedai kopi dan sering dilihat di supermarket tempatnya tinggal.

Bielsa, mengumumkan kehadirannya di pusat latihan Leeds dengan mengarahkan pemainnya untuk mengutip sampah.

Dia pernah memberitahu pemainnya untuk sengaja melepaskan gol selepas mereka menjaringkan gol apabila pemain Aston Villa cedera dan terbabit dalam skandal mengintip dengan menggunakan pembantunya di pusat latihan Derby.

Namun di sebalik perangainya, bekas pengendali Marseille dan Athletic Bilbao itu memiliki karisma dan fokus yang memberi inspirasi buat pemain dan kakitangannya.

Bielsa percaya terhadap penggunaaan analisis video perlawanan yang menjadi asas ketika dia memperkenalkannya dan kini menjadi piawai di semua kelab utama.

Kebolehannya membangunkan pemain muda juga mengagumkan banyak pihak.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP